Fenomena gangsterisme yang kini hangat diperkatakan sebenarnya sudah lama membarah di kalangan remaja Malaysia. Ia hanyalah merupakan rentetan daripada isu-isu moral remaja yang lain seperti gejala lari dari rumah, buang bayi, penagihan dadah, lepak dan pelbagai lagi gejala yang telah sekian lama menghantui remaja negara kita. Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) bersetuju bahawa gejala ini perlu dipandang serius dan ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berwajib, terutama Kementerian Pendidikan. Namun, kami berpendapat apa yang penting ialah kita mencari punca sebenar timbulnya gejala keruntuhan moral seumpama ini. Kita tidak mahu hanya sekadar mencantas pucuk-pucuk yang nampak tumbuh sedangkan akarnya kita biarkan tumbuh subur
PMAPIUM beranggapan punca sebenar berlakunya gejala sosial di kalangan remaja hari ini terutamanya remaja Muslim adalah kerana kurangnya didikan agama yang diberikan kepada mereka. Gejala gangsterisme yang semakin kronik dan berleluasa membuktikan bahawa sistem pendidikan negara perlu dikaji semula. Kami bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh tokoh Maal Hijrah, Tan Sri Ainuddin Wahid yang mencadangkan agar Kementerian Pendidikan melakukan satu perubahan yang besar untuk mengubah kurikulum sekolah dengan menerapkan pembentukan nilai-nilai murni agama Islam.(Utusan Malaysia, 5 April 2000). Pihak kami berpendapat sistem Pendidikan Islam yang ada pada hari ini tidak mampu untuk melahirkan seorang remaja Muslim yang betul-betul memahami Islam dan menghayatinya sebagai cara hidup. Pelajaran yang diberikan hanyalah sebagai syarat untuk menghabiskan sukatan yang diwajibkan sedangkan ia sebenarnya tidak mampu membentuk generasi Muslim yang unggul dan bertaqwa. (rujuk perenggan ke-9 Resolusi Persidangan Kongres Profesional Muda Melayu (KPMM) 2000 pada 26-27 Februari 2000 yang berbunyi "Dengan kepercayaan bahawa agama wajib disuburkan dari buaian, maka kita mendesak semua pihak yang berwajib mengolah kurikulum, merombak strategi pengajaran ilmu Islam dan mempraktiskan dasar-dasar kesyumulan Islam daripada peringkat rendah institusi pendidikan")
Antara kelemahan sistem Pendidikan Islam hari ini ialah ia tidak lagi mementingkan pelajaran tulisan jawi, samada di peringkat rendah atau menengah. Pihak kami memandang serius fenomena ini, bukan sahaja kerana tulisan Jawi inilah satu-satunya warisan tulisan Melayu yang agung dan ulung, malah yang lebih penting adalah kerana ianya merupakan elemen terpenting di dalam mempelajari dan mendalami ajaran Islam. Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara, namun oleh kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan Islam, ianya lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran dan hadith. Kita tidak mahu kebutaan jawi generasi kini dan yang akan datang menyebabkan al-Quran dan hadith dibaca di dalam tulisan rumi yang boleh memesongkan sebutan dan maknanya. Kesannya kini, majoriti pelajar Muslim tidak tahu membaca dan menulis Jawi, dan kejahilan inilah yang membawa mereka kepada gejala keruntuhan akhlak disebabkan kegagalan menguasai dan menghayati al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri
Sumbangan drp blogger terbaik dalam kajian sosial....
7 comments:
canggih tu we..
so???????
memanglar benar..
namun segalanya harus bermula daripada suasana dan kondisi persekolahan yang memberi kuasa penuh kepada guru untuk mengatur peraturan dan hukuman yang setimpal...
tengoklah sedara sedara semua... zaman bapak-bapak kita dulu batang buluh pun diguna buat hantam bontot yang nakal dan keras kepala..
budak-budak hari ini pantang cubit dan satu dunia melatah!!!
testingg.. 123
cubaan2
hhmmmm...
bagus gak ada blog nie yek??
nnt blh kita sumer saling bertukar mklmt...
Post a Comment